Thursday, July 28, 2011
OST CUN RATU DIHATIKU
Posted by Prof Fizzy at 10:20 AM 0 comments
Labels: MY MOVIE
Wednesday, July 27, 2011
KonVoi Ke Thailand - Hat Yai,Songkhla,Pak Bara,Satun
Posted by Prof Fizzy at 9:59 AM 0 comments
Labels: MY HOBI
Thursday, July 21, 2011
BERIKAN HIDAYAH...
Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan
Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu
Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan
Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa
Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia
Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan
Posted by Prof Fizzy at 9:49 AM 0 comments
Labels: KATA-KATA HIKMAH
LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA
Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".
H.R Ibnu Majah
Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa:
Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
Posted by Prof Fizzy at 8:55 AM 0 comments
Labels: MY ISLAM
BeRTaWaKaL KePaDa ALLAH
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.(Ali Imran:160)
Posted by Prof Fizzy at 8:29 AM 0 comments
Labels: MY ISLAM
Wednesday, July 20, 2011
SiNoPsiS FiLeM BiNi-BiNikU GaNGsTeR
Sinopsis Filem Bini-Biniku Gangster
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
Posted by Prof Fizzy at 12:29 PM 0 comments
Labels: MY MOVIE
MoToSiKal Yang Ada AircoNd...
Posted by Prof Fizzy at 11:23 AM 0 comments
Labels: TEKNOLOGI
RUMPUT YANG MENAKJUBKAN..
Posted by Prof Fizzy at 10:25 AM 0 comments
Labels: MACAM-MACAM
GoReNg AyAm GuNa TanGan
Posted by Prof Fizzy at 9:27 AM 0 comments
Labels: MACAM-MACAM
Monday, July 18, 2011
Menongkah Arus Dunia
Mampu atau Tidak??(BICARA BUAT DIRIKU YANG LALAI)
Posted by Prof Fizzy at 12:02 AM 0 comments
Labels: MY ISLAM
Sunday, July 17, 2011
Sinopsis Senario Ops Pocot
Pengarah Filem Senario The Movie Ops Pocot
Ismail bob Hashim
Pelakon Filem Senario The Movie Ops Pocot
Azlee Senario sebagai Azli (Pelakon Utama)
Mazlan Pet Pet sebagai Lan (Pelakon Utama)
Wahid Senario sebagai Wahid (Pelakon Utama)
Diana Amir sebagai Mala (Pelakon Pembantu)
Mas Muharni sebagai Azie (Pelakon Pembantu)
Kamal Adli sebagai Hairi (Pelakon Pembantu)
Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar : (Pengarah Fotografi)
Ollynn : (Pengarah Seni)
Kartika @ Sugirah bt Mohammad : (Pembantu Pengarah)
Brian Ng (Kang) : (Penyunting)
Penerbit:
David Teo : (Penerbit)
Posted by Prof Fizzy at 11:41 PM 0 comments
Labels: MY MOVIE
Sinopsis Filem SeKaLi LaGi
Trailer Filem Sekali Lagi
Posted by Prof Fizzy at 11:35 PM 0 comments
Labels: MY MOVIE
Friday, July 15, 2011
TEMAN BERTAKWA MEMBAWA KE SYURGA
TEMAN BERTAKWA MEMBAWA KE SYURGA (15 Julai 2011M / 13 Syaaban 1432H) الحَمْدُ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِالله مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلِهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِاِحْسَانٍ اِلَى يَوْمِ الدِّيْن. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوْا الله أُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Muslimin Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan dunia dan kesejahteraan akhirat hanyalah ditentukan oleh iman dan takwa seseorang itu. Mimbar hari ini akan membicarakan tajuk ”Teman Bertakwa Membawa Ke Syurga” Sidang Jumaat Sekalian, Islam mengajar para penganutnya untuk saling bersaudara kerana Allah. Mereka diwajibkan untuk mencintai saudara-saudara mereka sebagaimana mereka mencintai diri mereka sendiri. Sabda Nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim : لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ Maksudnya : "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri". Islam juga memberi perhatian kepada persoalan persaudaraan dengan menyuruh umatnya sentiasa menjaga dan memelihara ukhuwah. Hal ini kerana ukhuwah merupakan asas kekuatan, keimanan dan ketakwaan umat Islam. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berkasih sayang terhadap sesama manusia khususnya umat Islam. Perkara ini merupakan landasan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Sabda nabi SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari, yang bermaksud: "Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain; ia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu memenuhi keperluan saudaranya, nescaya Allah akan membantunya dalam memenuhi keperluannya. Barang siapa yang membantu meringankan kesusahan seorang muslim, nescaya Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat nanti. Barang siapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat nanti." Hadirin Sidang Jumaat Yang Dimuliakan, Antara kemanisan hidup ini adalah apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan. Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperoleh di dunia ini, sekalipun ramai yang mendakwa dia ialah sahabat setia kita. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Memiliki teman yang jujur dalam erti kata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Bahkan baginda Nabi SAW menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai teman tanpa kepentingan tertentu melainkan kerana Allah semata-mata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman. Sabda baginda dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud: “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasa kemanisannya. Manakala manisnya iman, hanya pemiliknya yang dapat mengecapi kenikmatan dan kehebatannya. Antara tiga ciri tersebut, baginda SAW menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah kemanisan iman. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Apabila perasaan kasih sayang kerana Allah terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cinta akan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta. Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal, ayat 63 : Maksudnya: “Kalaulah engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatupadukan antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina atas kepentingan diri masing-masing. Tanpa iman, maka tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Jika kita pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, maka kita akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan. Allah berfirman dalam surah Al-Zukhruf, ayat 67: Maksudnya: “Sahabat handai pada hari tersebut yakni hari kiamat akan bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa”. Ayat ini menyatakan bahawa pada hari akhirat nanti, mereka yang pernah bersahabat bukan atas dasar takwa akan bermusuhan sesama sendiri apabila melihat azab Tuhan yang terhasil daripada dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Sebab itulah kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Kawan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Mimbar juga ingin mengingatkan para jemaah sekalian, antara sebab berlakunya masalah rumah tangga pada masa kini ialah kesilapan dalam memilih teman hidup. Ada yang tersilap memilih teman hidup yang jahat, samseng jalanan, penagih dadah dan yang berpenyakit seperti HIV dan siplis. Hal ini kerana pemilihan teman hidup itu tidak berdasarkan apa-apa yang dianjurkan oIeh Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud : "Dikahwini seorang perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah daripada kalangan mereka yang beragama, nescaya kamu akan selamat ". Hadis tersebut jelas menunjukkan betapa Islam sangat mementingkan pemilihan pasangan, bukan sekadar memandang harta kekayaan, keturunan yang mulia dan rupa paras yang cantik. Sebenarnya pilihan yang terbaik ialah mereka yang mempunyai asas agama yang benar-benar kukuh. Hal ini kerana kita semua maklum bahawa harta, keturunan dan paras rupa hanya bersifat sementara, tetapi agamalah yang kekal abadi. Agama akan membentuk akidah yang sahih. Agama melatih melalui ibadah yang berterusan dan kesan kehidupan beragamalah akan melahirkan akhlak mulia. Akidah, ibadah dan akhlak merupakan ramuan penting kerana gabungan inilah yang akan membentuk tanggungjawab seorang hamba yang istiqamah dalam mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. OIeh yang demikian, marilah kita menjadikan agama sebagai asas dalam membuat pertimbangan untuk memilih pasangan hidup. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim : إِذَا جَاءَكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِيْنَهُ وَخُلُقَهُ فَأَنْكِحُوْهُ إِلَّا تَفْعَلُوْا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ Maksudnya : "Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya, maka hendaklah kamu mengahwinkannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di muka bumi ".
Posted by Prof Fizzy at 2:41 PM 0 comments
Labels: MY ISLAM
SoLaT DaLam SuDuT PanDanGan SainS
JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI MENJAGAMU.... Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentangkelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Sekian untuk renungan kita bersama Sumber Artikel : http://www.pmn.gov.my
Posted by Prof Fizzy at 10:13 AM 0 comments
Labels: MY ISLAM
HARTA ITU MILIKKU????
Cuba lakukan beberapa perkara berikut :
· Lihat duit tunai yang ada dalam dompet. Berapakah jumlah yang ada di dalam dompet itu?
· Lihat buku akaun simpanan bank atau penyata akaun simpanan. Berapakah jumlah yang tertera pada baki akhir di situ?
· Selak pula penyata simpanan amanah saham atau pelaburan dalam unit trust, berapakah jumlahnya kini?
· Lihat rumah yang kita diami kini. Jika rumah itu dibeli atau dibina dengan hasil titik peluh sendiri, berapakah nilai semasanya kini?
· Apa lagi harta yang dimiliki? Tanah, rumah sewa, kedai yang disewakan, barang kemas atau mungkin juga asset syarikat?
Ramai manusia berfikir, duit tunai itu milik kita kerana berada dalam dompet milik kita. Simpanan dalam bank dan pelaburan jangka panjang juga milik kita kerana jelas tertera nama kita pada penyata akaun itu. Begitu juga asset lain seperti rumah, tanah dan sebagainya.
Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semua itu milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara dan kita hanya pentadbirnya. Buktinya semua harta itu tidak mampu dibawa bersama saat kita meninggalkan dunia ini, apatah lagi untuk dimanfaatkan.
Apa milik Kita? Milik kita hanyalah apa-apa yang kita berikan atau sedekahkan. Jika semalam kita mendermakan RM 1 kepada peminta sedekah, maka RM 1 itulah milik kita. Jika hari ini kita ada menyumbangkan sebuah Al-Quran atau sepasang telekung solat untuk sebuah masjid, maka itulah asset milik kita. Jika kita memberikan nafkah kepada ahli keluarga, maka itulah juga harta milik kita.
Sesuatu harta itu hanya akan menjadi milik kita setelah kita manafaatkannya untuk kebaikan akhirat, bukan sesuatu yang disimpan di dunia.
Jika hari ini dicongak jumlah duit atau harta yang disedekahkan pada jalan Allah, berapakah agaknya jumlahnya?
Oleh itu, seharusnya kita tidak perlulah fakir untuk menggandakan harta yang diperolehi ke jalan Allah S.W.T kerana setiap rezeki yang diturunkan adalah kurniaanNya
Posted by Prof Fizzy at 8:07 AM 0 comments
Labels: MY ISLAM
Thursday, July 14, 2011
SENTIASA LETAK CAT DIDALAM BONET KERETA
Pemandu ambulans tak bagi paramedik wanita yang datang untuk membantu keluar dari ambulan..sebab paramedik tu tak henti-henti gelak..dia cakap ini tak profesional..hehehehe...
Posted by Prof Fizzy at 8:42 PM 0 comments
Labels: MACAM-MACAM
Dosa Menyimpan Kuku Panjang
Sekarang ni ramai yang pakai cincin, tapi ikut suka dia je. sunnah nabi jarang nak ikut.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Maklumat Tambahan
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang sahaja kita dapat pahala.
Posted by Prof Fizzy at 1:35 PM 0 comments
Labels: MY ISLAM
Di DaLam PeJaBaT GOOGLE
Posted by Prof Fizzy at 1:22 PM 0 comments
Labels: MACAM-MACAM