23 Julai 2011
Sabtu lepas 23 Julai 2011, seramai lebih kurang 17 orang rakan-rakan telah mengadakan konvoi bermotosikal ke selatan Thailand..
Kumpulan pertama bertolak lebih kurang pukul 10pagi dari Padang Besar diketuai oleh En.Indra dan En.Husni..
Kumpulan kedua Aku,Fadzli dan Bang Dan KTM..kami bertolak lebih kurang pukul 2.30ptg sebab pagi tu kami bertiga ada komitmen dengan kerja..aku ngan fadzli ada amali PJ kat IPDA, Bang Dan ada latihan menembak..lepas dah cop border masing-masing dan declare motor..kami bertolak ke songkhla untuk berjumpa dengan kumpulan konvoi pertama..tapi bayangkan la..honda wave 125 di 'follow' oleh KTM Adventure 990..hehehehe jenuh tundukkkk laaa..dah sampai sana..kita org p lepak di Songkhla Zoo..(Group 1st dah p gua komunis) lebih kurang pukul 7mlm terus ke Pantai Samila..minum ayaq nyoq bakaq.. balik kami naik ferry aka tongkang..bayar 3bhat =30sen..lepas tu terus ke pasar terapung kt Thalat Nam=Pasar Air..
Lepas dah jemu menjamu mata..dan makan minum apa patut..terus balik ke Hat Yai..berehat kat Hatyai Rama Hotel..sebab esok nak teruskan perjalanan ke Satun dan Pak Bara.
24 Julai 2011
Kami bersarapan kat bazaar di tengah hat yai..lepak lebih kurang 30minit..semua on the bike n teruskan perjalanan ke Satun..jarak dalam 90KM jugak...sampai Satun pakat berenti sebab hujan turun lebat...so amik kesempatan untuk buang air dan isi minyak..maklumla motor kecik..tangki pun kecik..lepas tu teruskan perjalanan dalam hujan ke Pak Bara..
On the way tu..x boleh nak bawak laju sebab hujan masih turun..sampai di Pak Bara..singgah kedai makan...semua tunggu dengan penuh sabar..sbb masing2 perut tgh lapar..siakap 3 rasa..siakap masak stim..dan ada lagi menu yang aku lupa..selera beb...lepas dah kenyang terus ke masjid berhampiran dan solat Zohor berjemaah..
Lepas tu kami teruskan perjalanan untuk balik ke Malaysia..dalam perjalanan melalui pekan tu..ada la pulak budak2 sekolah thailand buat perarakan..dekat 1km..kat sini la kami berpecah dengan kawan2..sampai simpang menuju satun aku ngan abg aku (en.Indra) dan lagi 3 rakan belok ke satun..tpi kawan2 yg lain..terus ke Trang...hehehehe...bukan main jauh daaa diorang tersesat...tunggu punya tunggu lebih kurang pukul 6ptg baru diaorg sampai...kat kami...arggg border malaysia kt Wang Kelian nk tutup pukul 7..masing2 bawak motor macam pelesit sbb nk sampai border before 7pm..kalau tak kena balik ikut Hat Yai n turun balik ke Bukit Kayu Hitam..Jauhh tu..tapi Alhamdulillah..kami sempat sampai ke border 15 minit sebelum border tutup...Syukur2...
Next Trip Koh Samui......
Baru sampai kat border Wang Kelian
0 comments:
Post a Comment